Sunday, 10 July 2011

Hukum melukis komik.

HUKUM MELUKIS KOMIK DAN KARTUN...
SOALAN:
Saya mempunyai masalah berkaitan dengan hukum melukis komik. Saya minat untuk melukis komik dan masalah saya ialah saya mendengar sesuatu hadis yang berbunyi mengatakan “Allah melaknat tukang lukis”. Jadi saya pun gelisah dan saya ada niat nak melukis untuk berdakwah.

JAWAPAN:
Hukum melukis gambar bergantung kepada gambar yang dilukis dan tujuan ia dilukis. Perinciannya adalah seperti berikut;

Jika yang dilukis itu adalah gambar-gambar Tuhan yang disembah selain Allah seperti patung-patung berhala dan sebagainya, pelukisnya adalah kafir. Lukisan sebeginilah yang diancam dengan siksaan oleh Allah sebagaimana sabda Nabi s.a.w. maksudnya.

“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis.” (Riwayat Imam Muslim)

Berkata Imam at-Tabari: “Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah.”

Diharamkan juga melukis dengan tujuan untuk menandingi ciptaan Allah, iaitu merasakan diri dapat mencipta dan membuat rekaan sebagaimana ciptaan Allah. Hal ini kembali kepada niat pelukis itu sendiri. Pelukis sebegini juga diancam dengan siksaan yang berat oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya; (maksudnya)

“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di hari kiamat ialah orang-orang yang melakukan sesuatu untuk menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah r.a.)

Diharamkan juga melukis gambar malaikat, para Nabi dan para sahabat iaitu orang-orang yang dimuliakan di sisi agama kerana dikhuatiri lukisan gambar mereka akan menjatuhkan kemuliaan mereka di samping berlakunya pemalsuan kerana tidak ada seorang pun yang hidup hari ini yang pernah melihat mereka.

Diharamkan juga melukis gambar tokoh-tokoh yang kufur, zalim atau fasik seperti pemimpin-pemimpin yang menentang Islam, memusuhi syariat Allah, penyanyi-penyanyi atau pelakon yang mendorong manusia kepada maksiat, memuja kebatilan dan sebagainya. Melukis gambar mereka merupakan pemujaan terhadap mereka sedangkan mereka adalah orang-orang yang dibenci oleh agama.


Sila klik:
1. http://www.anamuslim.com.my
2. http://www.alwancomics.com/

Itu dua contoh Komik Islamik yang saya pernah jumpa.

Terdapat hadith shahih Bukhari berkenaan larangan melukis gambar mahkluk bernyawa. Bagaimana sebenarnya cara membolehkan gambar mahkluk bernyawa dilukis? Jika melukis sebahagian saja contohnya kepala hingga paras dada, tidak sempurna hingga ke kaki, adakah ia juga dilarang?

Syukran.

jawapan:

Assalamu’alaikum. Sedikit tambahan.

Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi didalam fatwanya mengatakan bahawa penggunaan lukisan kartun adalah diperbolehkan melebihi gambar fotografi biasa. Berikut adalah penjelasan beliau :-

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi wrote:
الأول: أن (الرسوم الكارتونية) ليست صورًا كاملة، بل هي صور ذات طبيعة خاصة، لا تستجمع كل ملامح الصورة الحقيقية.

والثاني: أنها تستخدم لأغراض دعوية وتربوية وتثقيفية، والأولاد الصغار يقبلون عليها غاية الإقبال، ويتابعونها، ويتأثرون بها، فينبغي علينا ألا نهمل هذه الوسيلة المحببة، وأن نستخدمها في تعليم الأطفال والمراهقين ما ينبغي أن يتعلموه من العقائد والقيم والمفاهيم.

الثالث: أن الآخرين استخدموا هذه الوسيلة من مدة طويلة، وغزونا بها غزوا كاسحا في التليفزيونات المختلفة في أوطاننا، وغدت هذه المسلسلات الكرتونية هي الغذاء اليومي الشهي لأبنائنا وبناتنا، وقد أدمـن الجميع عليه، ولـم يعد من السهل فطامهم عنه، إلا بـ (بديل إسلامي) مناسب، يحمل نفس العناصر التعليمية والتشويقية، التي تجذب الأطفال بسهولة.

بل إني أرى أنه من المتعين علينا أن نخوض هذه المعركة الإعلامية الفنية بكل قوة، حتى نسد هذه الثغرة، ونلبي هذه الحاجة الملحة، بأدوات تعبر عن ديننا ورسالتنا وحضارتنا وتقاليدنا، فهذا من فروض الكفاية الواجبة اليوم على الأمة في مجموعها.

وعلى أهل الاختصاص القادرين من أهل الإبداع الأدبي والفني الملتزم، على إنتاج مثل هذه البرامج، وأن يسارعوا بها، وعلى غيرهم من أهل السلطان، وأصحاب المال، أن يعينوهم على أداء هذه الرسالة النافعة والضرورية. ورحم الله كل من أسهم في هذا العمل بنصيب.

sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528609782

Ringkasan fatwa :-

“1. Kartun yang dilukis adalah khas bentuknya; bentuknya tidak menyerupai semua objek penghiduoan sebenar.

2. Kartun di gunakan untuk tujuan dakwah, pelajaran dan kebudayaan, lebih-lebih lagi kanak-kanak sangat tertarik kepadanya dan selalu menonton program (kartun) tersebut.

3. Dunia barat telah lama menggunakan kaedah ini didalam menerapkan budaya kedalam minda semua kanak-kanak didunia Islam, dimana sudah sampai tahap tidak boleh merenggangkan kanak-kanak dari menonton program kartun.

Bagi menghadapi pencerobohan budaya ini, kita hendaklah menyediakan alternatif lain bagi kanak-kanak Islam dengan siri yang mempunyai unsur-unsur tarikan dan juga unsur-unsur pendidikan. Kita hendaklah menggunakan metod-metod yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja didalam mengajar nilai akhlak dan membentuk prinsip-prinsip and aqidah Islam didalam jiwa mereka.

Malah, saya melihat dengan semua alasan ini, kita hendaklah memasuki peperangan media ini dengan menggunakan senjata penzahiran agama, budaya dan tradisi kita. Adalah menjadi Fardu Kifayah bagi masyarakat kita untuk terjun dan menguasai bidang seni kreatif ini. Artis Muslim yang komited yang specialise didalam bidang ini hendaklah digembelingkan tenaga mereka bagi mengeluarkan program-program yang berfaedah dan terbitan bersiri seperti ini. Pihak-pihak berkuasa dan dermawan Islam hendaklah membantu mereka didalam menyampaikan mesej yang berguna dan wajib ini. Moga-moga Allh memberkati sumbangan mereka didalam kerja mulia ini”

Demikian pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menekankan betapa perlunya memperbanyakkan siri-siri kartun Islam yang berbentuk mendidik akhlak, budaya dan agama didalam minda kanak-kanak kita. Disebabkan fenomena kartun ini tidak dapat dielakkan, umat Islam hendaklah mengambil peluang dan kaedah ini bagi menarik minat kanak-kanak kepada Islam.

Sekian, wassalam

Diharamkan juga melukis gambar-gambar yang mendedahkan aurat, berunsur lucah dan mengghairahkan nafsu dan sebagainya lagi yang dilarang oleh syarak.

Kesimpulan, diharamkan melukis gambar-gambar yang menyalahi agama dan mengandungi unsure-unsur yang dilarang oleh syariat termasuk yang mendorong manusia kepada kekufuran, syirik, maksiat dan munkar. Adapun selainnya yang jauh dari perkara-perkara di atas, maka ia tidaklah diharamkan.

Sebenarnya, para ulama mempunyai pelbagai pandangan dalam masalah melukis ini terutamanya jika objek yang dilukis itu adalah makhluk-makhluk bernyawa iaitu manusia dan binatang.
Pandangan yang saya kemukakan di atas ialah pandangan yang ditarjih oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam. Teruskan niat baik saudara untuk berdakwah melalui lukisan komik itu dengan menjaga batasan-batasan yang digariskan di atas. Wallahua’lam.

Thursday, 7 April 2011

Mari dengar cerita couple versi 'bagus'..

Pada waktu antara Maghrib dan Isyak, saya sedang duduk kat bangku sambil menikmati gula2..
Ape la, itu pun nak cerita..^^
Kemudian datang sorang budak baik ( saya lihat die memang budak yang baik) ke arah saya..
Ikuti perbualan kami:>

Budak Baik: Hai, ustazah(erk..^^). Makan gula-gula sorang2 nampak.
Saya: Hai. Assalamualaikum!!
BB: Oopss...sorry. Waalaikumussalam..eh, nak duduk sebelah leh tak?
S: Duduk la..takde orang reserve pun kat sini.

(Senyap seketika...lagipun saya tengah makan gula-gula)

BB: ustaszah, dulu ustazah skola agama yeh?
S: haah..nape?
BB: takde pape..
S: oh...
BB: saya nak cerita sesuatu sikit kat ustazah. nak dengar?
S: cerita je la. Saya sudi dengar..
BB: Saya nak cerita tentang 'boy' saya..boleh ke?
S: (woopss...jangan cerita love story suda..) cerita je..
BB: saya ni dulu bukan la baik sangat. tapi sejak saya dengan 'boy' saya ni, Alhamdulillah saya semakin beriman skit.
S: haaa? cane tu? citer skit pasal 'boy' awak tu...
BB: nak cerita la ni..'Boy' saya ni skola agama. dia tu memang bagus sangat2...baik, alim, bertanggungjawab..saya sayang sangat kat die..
S: wau..
BB: Dia la yang galakkan saya qiamullail selalu, selalu sms bangun pagi solat subuh awal...hehe
S: memang best la..(bagusnye mamat soleh ni!)
BB: dia kadang-kadang gi tabligh..
S: perghh!!!....
BB: saya sayang sangat kat dia ni..sebab dia saya jadi baik..
S: nak tanya sikit boleh?
BB: Hmm?
S: Kalau sebulan dia tak leh jumpa awak, dia ok tak?..(saje provok)
BB: Sebulan? sehari dia tak sms pun die tak boleh...

O.O..A-re?

S: Eh..awak biar betul..
BB: Betul..nanti dia risau la, rindu la, ape la..
S:(jatuh penilaian saya) loh...ok, ok..'boy' awak dengan awak sekali tu tau tak hukum couple?
BB:..itu...couple memang tak boleh ke?
S: boleh saya bagi pendapat..?
BB: boleh..
S: Saya fikir la..setiap larangan ALLAH mesti ade hikmahnya..termasuk larangan bercouple..
BB: tapi saya tak bercouple secara gedik2..pegang2 tangan..
S: Hmm..saya agak awak memang takkan buat camtu ..penah teringin tak, nak pegang tangan dengan dia?
BB:...jujurnya..ada la.
S: Itu la sebabnya..Memang sekarang awak boleh bertahan..tapi boleh ke awak bertahan sampai kahwin?
BB: kahwin..eh..ke situ lak usatazah ni..
S: Loh..dah baik takkan tak nak kawin kot..
BB: mmm...
S: Apa-apa pun, hukum bercouple ni boleh dikira berzina..
BB: eh..ape ustazah cakap ni..!
S: Sabar! tak habis lagi...zina hati..bukan zina badan tu...
BB: zina hati?
S: Kalau awak selalu teringat kat dia tiap2 masa..itu dikira zina hati dan itu dikira berdosa gak.
BB: Tapi dia selalu mengajak saya ke arah kebaikan...camne boleh camtu lak?
S: Yeye..die memang amar makruf nahi mungkar ngan awak..tapi cuba kalau saya kidnap awak bawak jauh2 dari hidup dia...apa akan jadi?
BB: mesti la dia risau..
S: heh, awak sendiri cakap sehari die tak boleh kalau tak cakap ngan awak. Mana yang patut dia pentingkan? Cinta die pada manusia atau pada ALLAH yakni yang menciptakan dia?
BB: tapi..
S: Saya tau awak susah nak menerima..tapi percayalah..bagitau dia..tunggulah hari di mana kamu berdua 'halal' untuk bersama..itu merupakan satu JIHAD melawan nafsu cinta..dan awak mendapat pahala setiap masa..
BB:tapi kalau dia takda, sape nak selalu ingatkan saya pada ALLAH??
S: saya kan ade..(^^) mak awak? kakak? ayah? abang? kawan-kawan perempuan? takkan awak takde sorang pun kawan perempuan yang baik2...
BB: ade tapi..dia..
S: (masa ni saya sudah mula naik menyampah sebab dia asyik2 nak promote kebaikan 'boy' die) OK, dah..saya tak mau dengar lagi betapa baiknya 'boy' awak..Bersyukurlah awak dapat dia..Harap awak faham mana yang baik mana yang buruk. Sekian.
BB: ........
S: Saya minta maaf..tapi segala yang ditentukan ade hikmahnya..itu saja.Terpulanglah awak nak percaya 'boy' awak...atau Pencipta awak..

------------------------------------------------------------------------------------------------
Tempat: kawasan surau Muhammadiyah Kem Millenium, Beranang.

Yaa..beginilah keadaan kawan saya yang dilamun cinta 'baik' ini..Harap maaf, tetapi saya first time mengendalikan kes begini secara sendirian..Jadi, agak tidak berkesan..Namun saya akan cuba sedaya-upaya memperbaiki cara teguran saya..Insya-ALLAH.

P/S: saya ade bace post ni..menarik..>http://stokinputih.blogspot.com/2011/04/budak-putus-cinta.html

Sekian, waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, 21 March 2011

Dalam tarikh yang same jugak..hek eleh..

Assalamualaikum ....


Hari saya nak cerita sikit tentang kehidupan saya di rumah ...tak berminat? tak pe..bace je la..=.=
Hari2 saya asyik bangun agak lewat lepas Subuh( walaupun saya tau habit ni memang tak elok) dalam kul 10:30 cam tu baru bangun....tapi bagi saya la kan..itu dinamakan 'starting your days awfully' ....tak caya? Penah tak anda bangun waktu camni? Kalo tak penah, maka tahniah dan teruskan..jangan contohi saya..T^T..kalo penah, adakah perasaan anda begini :-

" adoi, kul brape ni...kul 10?! ruginya aku...pagi ni aku boleh wat macam2"

" ha..kul 10? macam awal jer..tido lagi la..."

" aisehmen..kul 10 ke...sakitnye badan aku (tido lama sangat)..."

" haa!!?? kul 10!!?? alamak, mak suruh pegi pasar pagi beli ikan !!.."( atau sebagainya..ni contoh)

Ehem.. ni la ape saya rase selama ni..ruginya saya ( dan sesiapa yg ade habit begini)..
Setiap pagi mesti saya rasa awful atau bad mood kalo bangun time2 begini...apa da...*ketuk kepala..

Ape-ape pun jangan teruskan perangai begini apabila anda di zaman universiti dan apabila anda ada karier..

Sebenarnya..ni cumalah perasaan ak sendiri jerk...haha..ha..(-__-)''

Tu je.

Sekian, wassalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh...sekian terima kasih.
Assalamualaikum, Peace Be Upon To anyone who is reading this blog.
 As you see, I'm a MALAYSIAN and also a MUSLIM-ah (the -ah- stand for female)....
 I didn't expect for a non-Malaysian to read this..so..
saya akan post dalam bahasa Melayu je la...err..dalam bahasa rojak..untuk memudahkan..(^_^)''
Sekarang ni takde bende yang saya boleh post-kan, tapi dalam masa terdekat saya ada la nak kongsi sesuatu dengan anda semua..

Itu saja,..SEKIAN, waalaikumussalam warohmatullahi wabarakatuh..Peace Be Upon To You All..Insya-ALLAH.