HUKUM MELUKIS KOMIK DAN KARTUN...
SOALAN:
Saya mempunyai masalah berkaitan dengan hukum melukis komik. Saya minat untuk melukis komik dan masalah saya ialah saya mendengar sesuatu hadis yang berbunyi mengatakan “Allah melaknat tukang lukis”. Jadi saya pun gelisah dan saya ada niat nak melukis untuk berdakwah.
JAWAPAN:
Hukum melukis gambar bergantung kepada gambar yang dilukis dan tujuan ia dilukis. Perinciannya adalah seperti berikut;
Jika yang dilukis itu adalah gambar-gambar Tuhan yang disembah selain Allah seperti patung-patung berhala dan sebagainya, pelukisnya adalah kafir. Lukisan sebeginilah yang diancam dengan siksaan oleh Allah sebagaimana sabda Nabi s.a.w. maksudnya.
“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis.” (Riwayat Imam Muslim)
Berkata Imam at-Tabari: “Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah.”
Diharamkan juga melukis dengan tujuan untuk menandingi ciptaan Allah, iaitu merasakan diri dapat mencipta dan membuat rekaan sebagaimana ciptaan Allah. Hal ini kembali kepada niat pelukis itu sendiri. Pelukis sebegini juga diancam dengan siksaan yang berat oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya; (maksudnya)
“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di hari kiamat ialah orang-orang yang melakukan sesuatu untuk menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah r.a.)
Diharamkan juga melukis gambar malaikat, para Nabi dan para sahabat iaitu orang-orang yang dimuliakan di sisi agama kerana dikhuatiri lukisan gambar mereka akan menjatuhkan kemuliaan mereka di samping berlakunya pemalsuan kerana tidak ada seorang pun yang hidup hari ini yang pernah melihat mereka.
Diharamkan juga melukis gambar tokoh-tokoh yang kufur, zalim atau fasik seperti pemimpin-pemimpin yang menentang Islam, memusuhi syariat Allah, penyanyi-penyanyi atau pelakon yang mendorong manusia kepada maksiat, memuja kebatilan dan sebagainya. Melukis gambar mereka merupakan pemujaan terhadap mereka sedangkan mereka adalah orang-orang yang dibenci oleh agama.
Sila klik:
1. http://www.anamuslim.com.my
2. http://www.alwancomics.com/
Itu dua contoh Komik Islamik yang saya pernah jumpa.
Terdapat hadith shahih Bukhari berkenaan larangan melukis gambar mahkluk bernyawa. Bagaimana sebenarnya cara membolehkan gambar mahkluk bernyawa dilukis? Jika melukis sebahagian saja contohnya kepala hingga paras dada, tidak sempurna hingga ke kaki, adakah ia juga dilarang?
Syukran.
jawapan:
Assalamu’alaikum. Sedikit tambahan.
Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi didalam fatwanya mengatakan bahawa penggunaan lukisan kartun adalah diperbolehkan melebihi gambar fotografi biasa. Berikut adalah penjelasan beliau :-
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi wrote:
الأول: أن (الرسوم الكارتونية) ليست صورًا كاملة، بل هي صور ذات طبيعة خاصة، لا تستجمع كل ملامح الصورة الحقيقية.
والثاني: أنها تستخدم لأغراض دعوية وتربوية وتثقيفية، والأولاد الصغار يقبلون عليها غاية الإقبال، ويتابعونها، ويتأثرون بها، فينبغي علينا ألا نهمل هذه الوسيلة المحببة، وأن نستخدمها في تعليم الأطفال والمراهقين ما ينبغي أن يتعلموه من العقائد والقيم والمفاهيم.
الثالث: أن الآخرين استخدموا هذه الوسيلة من مدة طويلة، وغزونا بها غزوا كاسحا في التليفزيونات المختلفة في أوطاننا، وغدت هذه المسلسلات الكرتونية هي الغذاء اليومي الشهي لأبنائنا وبناتنا، وقد أدمـن الجميع عليه، ولـم يعد من السهل فطامهم عنه، إلا بـ (بديل إسلامي) مناسب، يحمل نفس العناصر التعليمية والتشويقية، التي تجذب الأطفال بسهولة.
بل إني أرى أنه من المتعين علينا أن نخوض هذه المعركة الإعلامية الفنية بكل قوة، حتى نسد هذه الثغرة، ونلبي هذه الحاجة الملحة، بأدوات تعبر عن ديننا ورسالتنا وحضارتنا وتقاليدنا، فهذا من فروض الكفاية الواجبة اليوم على الأمة في مجموعها.
وعلى أهل الاختصاص القادرين من أهل الإبداع الأدبي والفني الملتزم، على إنتاج مثل هذه البرامج، وأن يسارعوا بها، وعلى غيرهم من أهل السلطان، وأصحاب المال، أن يعينوهم على أداء هذه الرسالة النافعة والضرورية. ورحم الله كل من أسهم في هذا العمل بنصيب.
sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528609782
Ringkasan fatwa :-
“1. Kartun yang dilukis adalah khas bentuknya; bentuknya tidak menyerupai semua objek penghiduoan sebenar.
2. Kartun di gunakan untuk tujuan dakwah, pelajaran dan kebudayaan, lebih-lebih lagi kanak-kanak sangat tertarik kepadanya dan selalu menonton program (kartun) tersebut.
3. Dunia barat telah lama menggunakan kaedah ini didalam menerapkan budaya kedalam minda semua kanak-kanak didunia Islam, dimana sudah sampai tahap tidak boleh merenggangkan kanak-kanak dari menonton program kartun.
Bagi menghadapi pencerobohan budaya ini, kita hendaklah menyediakan alternatif lain bagi kanak-kanak Islam dengan siri yang mempunyai unsur-unsur tarikan dan juga unsur-unsur pendidikan. Kita hendaklah menggunakan metod-metod yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja didalam mengajar nilai akhlak dan membentuk prinsip-prinsip and aqidah Islam didalam jiwa mereka.
Malah, saya melihat dengan semua alasan ini, kita hendaklah memasuki peperangan media ini dengan menggunakan senjata penzahiran agama, budaya dan tradisi kita. Adalah menjadi Fardu Kifayah bagi masyarakat kita untuk terjun dan menguasai bidang seni kreatif ini. Artis Muslim yang komited yang specialise didalam bidang ini hendaklah digembelingkan tenaga mereka bagi mengeluarkan program-program yang berfaedah dan terbitan bersiri seperti ini. Pihak-pihak berkuasa dan dermawan Islam hendaklah membantu mereka didalam menyampaikan mesej yang berguna dan wajib ini. Moga-moga Allh memberkati sumbangan mereka didalam kerja mulia ini”
Demikian pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menekankan betapa perlunya memperbanyakkan siri-siri kartun Islam yang berbentuk mendidik akhlak, budaya dan agama didalam minda kanak-kanak kita. Disebabkan fenomena kartun ini tidak dapat dielakkan, umat Islam hendaklah mengambil peluang dan kaedah ini bagi menarik minat kanak-kanak kepada Islam.
Sekian, wassalam
Diharamkan juga melukis gambar-gambar yang mendedahkan aurat, berunsur lucah dan mengghairahkan nafsu dan sebagainya lagi yang dilarang oleh syarak.
Kesimpulan, diharamkan melukis gambar-gambar yang menyalahi agama dan mengandungi unsure-unsur yang dilarang oleh syariat termasuk yang mendorong manusia kepada kekufuran, syirik, maksiat dan munkar. Adapun selainnya yang jauh dari perkara-perkara di atas, maka ia tidaklah diharamkan.
Sebenarnya, para ulama mempunyai pelbagai pandangan dalam masalah melukis ini terutamanya jika objek yang dilukis itu adalah makhluk-makhluk bernyawa iaitu manusia dan binatang.
Pandangan yang saya kemukakan di atas ialah pandangan yang ditarjih oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam. Teruskan niat baik saudara untuk berdakwah melalui lukisan komik itu dengan menjaga batasan-batasan yang digariskan di atas. Wallahua’lam.
Waalaikumussalam..
ReplyDeleteKalau ikut pendapat saya la, rasenya boleh asalkan lukisan kita tidak 'menghairahkan' contohnya lukis tanpa pakaian atau berkelakuan tidak elok...
Tapi ini pendapat saya, saya bukan seorang mufti atau ustazah .... lebih afdal jika kita bertanyakan kepada yg lebih pakar...
macm mna pulak klau lukiskan anime yg tidak bertudung??? ataupun melukiskan anime perempuan yg tidak menutup aurat..contohnya mcm, melukiskan anime memakai skirt dan baju berlengan pendek.. tpi masih menutup yg sepatutnya..
ReplyDeleteASSALAMMUA'ALAIKUM
ReplyDeleteKALAU MELUKIS RAMA-RAMA?
assalamulaikum akak kalaapi tapi saye lukis anime tapi saye tak letak unsur ape ape walaupon ade lukis tak tutup aurat tapi tak menggairahkan saye selalu lukis untuk hilangkan stress saye dan menceriakan mood saye
ReplyDeleteKalau melukis komik yang tak tutup aurat (tak berpakaian seksi) dan jalan cerita karakter ada kuasa apa pula hukumnya? Rasa risau pula bila nak melukis..
ReplyDeleteKalau melukis komik yang tak tutup aurat (tak berpakaian seksi) dan jalan cerita karakter ada kuasa apa pula hukumnya? Rasa risau pula bila nak melukis..
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeletesaya nak tanya, kalau saya lukis biodata watak,yg mengandungi maklumat seperti umur, nama dan lain lain, adakah ianya dianggap haram juga?
harap dapat dijelaskan
Saya sebagai manga artist pon Risau pasalnya kartun yg saya lukis tak pakai tudung.
ReplyDeleteAssalamualaikum saudari. Saya berharap sangat saudari dpt jawab soalan-soalan yg ade di komen😊 saya pun ada kekeliruan yg mcm tu.. Boleh ke klu kita lukis anime yg x bertudung tp x pakai skirt pendek.. Sbb sy selalu lukis mcm tu.. X pakai tudung, x pki skirt pendek, and baju kebanyakannya lengan panjang, but kadang lengan pendek..😅 tp x seksi or menaikkan syahwat atau menggiurkan sbb sy mmg x lukis mcm tu.. Or ape2 aksi yg x senonoh.. jadi sy keliru.. And kalau kita lukis tu sesaje nk post di media social or untuk jual mcm contoh seseorg buat art commission .. And kalau anime kan x sempurna mcm manusia betul, contoh nya mata dia besar , hidung dia gitu2 je x perfect, just buat garis2 untuk hidung, mulut pun garis2 je.. Dia x nmpk seperti manusia yg sebetulnya.. Bukn potret lah.. Potret kanmmg sebijik rupa mcm manusia sebenar.. Kalau mcm tu mcm mana ye saudari😅 harap sangat saudari boleh jawab..
ReplyDeleteSyukran
Saya nak Tanya Malay melukis anime sampai leher je boleh ke
ReplyDeleteAssalammualaikum, maaf menganggu, tapi ade kat blog akak tu ade ejaan salah, ianya Allah
ReplyDeleteAssalamualaikum, bagaimana pula jika karakter yang dilukis oleh kita mempunyai kuasa seperti, teleport, boleh membaca minda atau boleh terbang tanpa alat seperti Superman?
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletenak tanye, kalau nk lukis gambar2 anime jepun untuk hiburan diri semata-mata boleh ke? Bukan untuk jual dan bukan untuk berdakwah, tapi untuk tujuan diri sendiri. Erm...lukis kartun-kartun macam widget perempuan K-ON! kat atas tu. Boleh ke?